Saturday, 7 September 2013

JENIS-JENIS KAYU DAN KELEBIHANNYA

1.      KAYU JATI
        
        Kayu Jati merupakan sejenis kayu keras yang bernilai tinggi dan sangat diminati di dunia. Jenis kayu ini banyak diguna pakai kerana memiliki tekstur dan serat yang khas. Kayu Jati Jawa terkenal sejak beberapa abad lalu kerana kualitinya, selain tidak mudah patah . Warnanya coklat tua, tetapi pada jati muda warna coklatnya lebih pucat.  perabot  jati biasanya bergaya etnik, klasik, dan mewah. Selain tampilannya yang menarik, kayu jati juga memiliki daya tahan lebih kuat dibanding jenis kayu lainnya









.2.   KAYU LAPIS (PLYWOOD)

 Kayu lapis merupakan kayu olahan yang biasa kita kenal dengan sebutan tripleks atau mutipleks. Kayu lapis dibentuk dari beberapa lembaran kayu yang dilekatkan dengan tekanan tinggi. Ketebalannya bervariasi dimulai 3 mm, 4 mm, 9 mm dan 18 mm dan luasannya 244 x 122 cm. Ketebalan plywood menentukan kekuatan dan kestabilannya. Jenis kayu ini paling banyak dipakai sebagai material pembuat kitchen set, lemari, meja, dan tempat tidur. Oleh karena plywood mempunyai permukaan polos dan tidak memiliki serat yang khas maka kadang perlu diberi pelapis tambahan seperti venner(irisan kayu tipis)PVC ataupun melaminto. Harga kayu lapis lebih murah dari kayu solid tapi lebih mahal dari kayu olahan lainnya.


3.KAYU MERBAU


Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, ia digunakan  sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam pasaran Amerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.






4)KAYU NTATOH

Kayu keras ringan. kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan. ira kayu lurus namun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak. bertekstur rata dan sedikit kasar. keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.



5.KAYU CENGAL
Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain.Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras.



No comments:

Post a Comment